Learn From Mistake

January 31st, 2010

DSC_9337

DSC_9364

DSC_9409

DSC_9436

Manusia tak pernah lari dari melakukan kesalahan atau kesilapan…betul tak? kadang – kadang kita sering lakukan kesilapan tanpa kita sedari sendiri, mahu pun antara manusia dengan manusia, manusia dengan Haiwan, manusia dengan Alam semulajadi dan manusia dengan Tuhan nya…macam begitu juga dengan kesilapan yang kita sering lakukan dalam subjek photography…

Hidup nie kalau takde buat sebarang kesalahan @ kesilapan itu namanya bukan kehidupan…betul tak? penipu la sepanjang hayat kita hidup nie tak pernah lakukan sebarang kesilapan @ kesalahan, itu namanya bukan manusia sejati…hahaha…cerita pasal belajar dari kesilapan nie sebenarnya satu tangga yang buat kita akan lebih maju ke depan…sekiranya kita sentiasa berfikiran terbuka serta menerima pendapat orang yang lebih Tua dari kita.

Firstly yang aku pernah buat kesilapan aku dulu adalah, aku menolak tawaran Politeknik…sampai sekarang aku terasa bagaimana dia punyer Efek…tapi dari kesilapan yang aku pernah lakukan tue aku cepat – cepat mencari jalan yang terbaik untuk aku…Allahamdulliah…sekarang nie aku dah cukup bangga apa yang aku ada dan aku sentiasa bersyukur segala apa yang pernah aku lakukan. Dengan apa yang aku laluinya aku buat dengan terbaik…ye memang dulu aku bercita – cita nak jadi seorang Arkitek tapi sekarang nie aku hanya jadi seorang Pelukis Pelan dan seorang Jurufoto. hehehe lain yang kita idamkan lain yang menjadi…apa – apa pun aku tetap bersyukur.

Pasal photography pulak aku selalu belajar dari kesilapan aku sendiri..kadang – kadang dirumah berapa kali aku check satu persatu gambar yang aku capture, dan selalu gak check exif gambar untuk mencari kesilapan yang aku lakukan…bukan itu saja jer…sampaikan aku selalu bertanya pada orang – orang yang mahir dalam teknikal kamera, aku cukup berterima kasih pada Bro Shamsul Tahir, sebab banyak jugak dia berikan input – input yang terbaik untuk aku belajar dari kesilapan aku sendiri.

Pada blogger – blogger yang sering singgah blog aku nie..kalau aku ada buat kesilapan kat korang aku mohon maaf, kalau boleh berikan la teguran, supaya aku tahu apa kesilapan yang aku lakukan..kita sebagai manusia memang tak sedar dari melakukan kesilapan @ kesalahan….sebagai umat islam kita sepatutnya sentiasa berikan pengajaraan yang baik pada sesama umat islam…it’s right ? Insyallah dari kesilapan yang aku pernah aku lakukan aku akan perbaikinya sebaik yang boleh dan yang terbaik untuk aku sendiri.

Sorry la kali nie entry banyak cakap…huhuhu bukan apa saja jer nak berkongsi cerita sebenarnya…tapi apa yang penting sekarang nie kita kena belajar dari kesilapan kita sendiri…betulkan? kalau tak belajar dari kesilapan kita sendiri macam mana nak berjaya dalam hidup…huhuhu dan satu perkara lagi ialah Hidup kena diteruskan walaupun banyak rintangan yang ada dihadapan kita ….jangan toleh kebelakang tapi belajar dari kesilapan kita sendiri…

Thanks to Zulpicture sebab sudi menjemput aku shoot gambar portraiture konvo anak sedara nya..huhuhu…gambar – gambar selebihnya korang leh singgah di blog Zulpicture k.

.

.

” TINGKATKAN PRESTASI & JAUHKAN KONTROVERSI “

.

.

Notakaki :

1. Apa macam? ada nampak wajah baru tak? kalau ada pendapatan serta idea yg best korang kongsi2 kat aku k…

2. Ada sesiapa nak jual Bateri Kamera El -9 ? kalau ada kasi buzz kat fon aku k…


.

.

SHAIRULFAIZ
Photographer

012 6181530

Email : asking@shairulfaiz.com

Email : shairulfaiz@gmail.com

web : www.shairulfaiz.com

blog : http://blog.shairulfaiz.com


Tags:

2 Responses to “Learn From Mistake”

  1. Acaii says:

    Salam paiz..:) sangat setuju ngan apa yang ko cakap..kalau kita sentiasa dapat apa yang kita nak tanpa buat silap takut nanti kita terlalu riak dan takbur dengan apa yang dimiliki..sebab tu kita semua ada ujian masing2 yang berbeza..cara kita hadapi masalah tu yang bezakan antara kita dan orang orang lain sama ada baik atau sebaliknya..terus maju ke depan paiz!!

  2. zenn says:

    Salam bro..buat silap tu biase, dr kecik kita dh buat silap dh..contohnye mase nak belajar berjalan la..asik silap je, jatuh berguling2 tapi akhirnya, berlari pun boleh…yang penting kena sentiasa belajar dr kesilapan kita.. aku pun, sentiasa buat silap tapi dh biase dh pun…amik ikhtibar je laa.. jalan kena kedepan, toleh ke belakang untuk amik ikhtibar je.. aku suke citer ko ni..

Leave a Reply